Jumaat, 25 November 2011

AKU KE PELANTAR LAGI..


AKU KE PELANTAR LAGI..MUNGKIN NI YG TERAKHIR KOT HOHOHOHOHO
 Purpose aku ke Tapis A kali ni adalah untuk site survey deck punya physical condition. Amik gambar, amik measurement, prepare site specific procedure (SSP), prepare workpack, prepare execution plan dan prepare itu dan ini..tak macam dulu,dulu aku crew kat sini tapi kali ni Cuma boleh di kata kan macam melancung jer hihihihi………….
Orait..
Oleh kerana aku sampai tu dah lewat petang, maka takde apa yang boleh aku buat untuk hari itu, turun bawah di galley, buat air, makan dan tengok astro..
Malam pun takde kerja, nak main sms memang x lah. hanya buat work permit untuk site survey esok.

Pukul 6.00am dah bangun, solat subuh dan turun bawah breakfast. Tepat 6.30am platform morning meeting pun dah start. Semua platform akan start meeting waktu ni, siap dengan  teleconference dengan platforms lain.
Bermula dengan bacaan doa, UCUX, chopper and boat movement, yesterday achievement, work permit read out, floor comment, supervisor comment and last sekali PIC comment. Kalau semua OK meeting sekejap je, kalau ada issue panjang lah sikit meeting tu.
Okeh, setelah work permit dah di endorsed oleh platform punya authorities, baru lah boleh start kerja. Takde work permit maka tak boleh lah buat kerja. Nak deal dengan permit ni pun bukan perkara yang mudah lah, nak dapatkan sign dari dia orang pun ada banyak perkara-perkara lain yang mesti dia orang check terlebih dahulu, tak bleh belasah jer.. biasa lah kerja di tempat macam timing bomb punya tempat.. safety first bro.
Lebih kurang 8.00am, aku dan partner aku pun slow-slow melangkah ke tempat yang kita orang nak survey tu..terutama sekali deck. Adehh.. sakit mata aku tengok structure deck ni.. maklumlah platform pun dah tua, 30 tahun lebih dah usia platform ni.
Scope of work yang aku kena buat ialah, tukar deck yang lama ni dengan deck yang baru. Kacang jer.. akan tetapi ini bukanlah kerja macam robohkan reban ayam dan buat reban ayam baru.. masa aku jejak kaki di deck ni, aku rasa macam dah nak runtuh sangat dah.. adehh kalau buat filem perang2 cantik area dok  termenung  jap tengok laut yg luas seluas2 alam sunguh indah ciptaan Allah swt. Kalau lah aku jatuh memang  tak sempat lah balik makan mee goring NS….. hu hu hu.
Aku rasalah kalau first timer yang ke offshore memang tak de berani nak pijak deck ni.. adehh.. tapi walau bagaimana pun deck ni sebenarnya masih selamat untuk nak jalan-jalan atas tu, cuma tak bleh load heavy equipment jer.. runtuh le nanti.
Orait.. sessi photography pun bermula, ada ler dekat 800 pics yang aku snap.. pics ni penting sebenarnya untuk kita study di office nanti. Sebab kali ni aku gi sebagai surveyor jer bukan nak amik detail measurement pun, lebih kepada look look see see jer.. 3rd party consultant akan datang semula untuk dapatkan detail drawings, amik detail measurement dan detail itu ini. Aku tak layak buat sebab aku bukan engineering design punya consultant, walaupun aku rasa aku mampu buat, alah structure bukan payah pun.. lainlah kalau piping, sakit kepala wooo..
Duduk lah aku depan deck tu, dari pagi sampai ke petang.. cari idea macamana nak dismantle old deck tu, dan macamana caranya untuk aku install new deck. Nampak mudah jer tapi sebenarnya banyak masalah sebab di atas deck tu ada receiver. Receiver ni sensitif sikit, kena jaga macam menatang minyak yang penuh.. silap-silap boleh meletup platform bro..
Nak buat kerja-kerja welding di sini pun payah, tak boleh buat open burning macam di kedai uncle aku buat grill rumah tu. Di sini kena buat di dalam khemah yang tertutup.. itu bahasa yang mudah di fahami lah, bahasa yang standard sikit, safe habitat house. Reason, untuk mengelakkan fire. Habitat ni satu equipment dan process yang cerewet dan cost nya boleh tahan lah mahal jugak.. welder dan fitter akan duduk dalam safe house habitat ni dan buat kerja dia orang.. adehh leceh punya kerja.. tapi memang requirementnya macam tu.
Okeh aku rasa site survey aku dah cukup dah. Esok boleh balik yahooo.. syok nyer. Entahlah aku memang tak suka gi offshore, tak best. Hairan aku tengok orang lain beria-ria sangat nak gi offshore ni..hihihihihihhi belagak..!dulu kat sini lah tempat aku…..wakakakakak…..

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir


16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
· Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
 
· Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
· Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
· Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
· Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
· Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
· Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
· Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
· Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
· Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
· Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
· Mendengarkan surah2 Al-Quran menambah kepintaran bayi.
· Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
· Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
· Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Rabu, 2 November 2011


PERJUANGAN JIHAD FISABILILLAH


Apa itu perjuangan Jihad Fisabilillah?.

Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-

Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah.

(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.
Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).

Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.

Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.

Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud,“Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.

Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.

Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.

Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan digolongkan sebagai jihadfisabilillah!.

Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.

AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.

Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.

Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.

Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.

Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke hujung.

Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.

Itu baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.

Belum lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.

Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan nafsu mereka semata.

Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah kemungkaran kerana, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.


Di sini suka saya mengutip sebuah madah bertajuk ‘Tujuan Berjuang’ dari Majalah ‘Alim untuk renungan bersama.

TUJUAN BERJUANG

Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan Pencipta alam

Agar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola                         

Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan

Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat

Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah tugas-tugas para daie, mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya dengan cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri tidak sampai kepada-Nya
Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak menari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.


POST MORTEM (BEDAH SIASAT)


Cuba kita periksa permasalahan di atas, samada betul atau tidak berlaku ketidakluhuran hubungan kasih antara makhluk dengan Khalid-Nya.

Antara fakta tersebut ialah:-

1)     Pernahkah kita mengkaji sifat Tuhan sehingga dapat merasakan dalam hati, Tuhanlah yang sepatutnya diagongkan dan dibesarkan lebih dari segala-galanya.

2)     Kita belum merasakan hanya kepada Tuhanlah tempat meminta pertolongan. Buktinya dalam apa jua masalah yang timbul kita tidak merujuk kepada Tuhan. Kita lebih banyak mengadu dan menceritakan masalah-masalah kita kepada manusia.

3)     Begitu juga kita tidak menjadikan Tuhan sebagai pujaan atau kecintaan. Lebih-lebih lagi untuk menjadikan Tuhan sebagai idola. Buktinya, kita lebih mencintai isteri atau suami dan anak-anak. Kita sanggup berkorban untuk isteri atau suami yang tersayang daripaa berkorban untuk Tuhan. Seorang ibu sanggup bercengkang mata menunggu anak yang terlantar sakit berbanding bercengkang mata melakukan solat di tengah malam kerana rindu kepada Tuhan. Itu sahaja sudah cukup membuktikan bahawa kita lebih mencintai anak daripada mencintai Tuhan.

4)     Bahkan banyak lagi perintah Tuhan yang masih kita abaikan malah kadang-kadang kita pertikaikan karana ia amat bertentangan dengan nafsu kita.

5)     Rasa bertuhan atau sensitiviti kepada Tuhan sudah tidak ada lagi di hati kita. Buktinya kita merasa kagum, hairan dan takjub kepada sesuatu ciptaan Tuhan tetapi sedikit pun tidak kagum dengan Tuhan yang menciptakan benda tersebut. Misalnya, orang kagum dengan bangunan pencakar langit, sehingga berlumba-lumba bersaing membina bangunan yang tinggi-tinggi. Tapi yang peliknya, orang tidak pernah mengkagumi Tuhan yang menciptakan alat-alat untuk membuat bangunan itu seperti batu, besi, pasir dan sebagainya.

Begitu juga orang kagum dengan teknologi canggih era siber, tapi tiada seorang pun yang kagum pada Tuhan yang mampu berkomunikasi tanpa perantaraan apa-apa. Tuhan mampu berkomunikasi dengan manusia dalam satu masa di dunia hanya melalui sejenis alat komunikasi teknoloji paling tinggi yang diciptakan Tuhan iaitu hati.

Hati dapat berkomunikasi dengan Tuhan tanpa ada perantaraan apa-apa. Gelombang hati ini boleh bergerak lebih laju daripada gerakan cahaya. Itulah teknoloji ciptaan Tuhan yang tiada siapa dapat mengatasi kecanggihannya. Namun tiada siapa yang mengkagumi kehebatan Tuhan itu.

6)     Manusia kagum dengan keajaiban otak, tetapi tidak pernah kagum kepada Tuhan yang mencipta otak. Pendek kata manusia sangat memuja alam semesta ini tetapi Tuhan yang mencipta alam itu tidak dipuja dan diagungkan.


Lihatlah betapa terpesongnya hidup kita dalam pencarian Tuhan di alam yang fana ini.

Yang direbut-rebut ialah alat (dunia/kekuasaan/kemewahan, dll), bukan matlamat (cinta ALLAH/Alam Akhirat).

Justeru itu, perjuangan memperkenalkan Tuhan mestilah diutamakan dan dibuat secara intensif sehingga hati manusia benar-benar merasa bertuhan. Setelah itu barulah diperjuangkan syariat Tuhan.

ALLAH jadikan syariat itu semata-mata untuk keselamatan manusia. Apabila sudah ada rasa bertuhan, barulah mudah manusia menerima syariat Tuhan itu.

Orang yang sudah kenal dengan Tuhan, jatuh hati pada Tuhan, cinta pada Tuhan, baharulah dia mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Agar dengan syariat tadi, manusia hidup bersatu-padu, boleh bekerjasama, hidup harmoni dan bahagia dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan bangsa.

Sepatutnya inilah tugas para daei, mubaligh-mubaligh dan ulama di dalam berjuang.

Kita sepatutnya mengajak manusia supaya menyembah Tuhan, membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya mengikut jalan yang ditunjuk-Nya. Bukan dengan cara yang direka-reka mengikut kehendak sendiri. Sekalipun yakin cara itu betul tapi ternyata apa yang diperjuangkan akhirnya menyimpang jauh dari Tuhan.

Kalau kita benar-benar ingin menuju Tuhan, jalannya telah dinyatakan dan jelas sekali berserta contoh-contoh yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cuma kadang-kadang kita yang menyulitkan jalan yang telah jelas tadi.

Buktinya, walaupun banyak ceramah agama dan dakwah dilakukan di merata tempat tapi isinya berunsur politik dan unsur-unsur yang membawa umat Islam kepada pergaduhan dan perpecahan.

Walaupun masing-masing mendabik dada mengatakan apa yang diperjuangkan adalah Islam, tapi hakikatnya umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu. Kata-mengata, fitnah-menfitnah, mengadu domba dan mencanai kesalahan orang menjadi agenda utama dalam ceramah yang disampaikan. Hasil perjuangan yang dilagang memporak-perandakan masyarakat Islam, malah menjauhkan manusia daripada Tuhan. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Tuhan di Yaumil Mahsyar kelak!.

Persoalan Tuhan, sedikit sangat atau langsung tidak disentuh di dalam ceramah-ceramah. Jauh sekali Tuhan hendak disanjung dan dibesarkan di dalam ceramah itu. Apalagi hendak diperkatakan tentang nasib di Akhirat. Kalau begitulah, apakah layak kita digelar pejuang Islam?.

(Tarbiah di atas diambil dari Buku AQIDAH MUKMIN I dan MAJALAH ‘ALIM dengan sedikit tambahan oleh penulis supaya lebih jelas maksudnya).

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS


DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

أُحِلَّ لإِنَاثِ أُمَّتِي الْحَرِيْرُ وَالذَّهَبُ وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُوْرِهَا.

“Dihalalkan atas kaum wanita dari umatku sutera dan emas, (tetapi keduanya) diharamkan atas kaum lelaki mereka.”( Hadits marfu’ dari Abu Musa Al-Asy’ari, riwayat Imam Ahmad, 4/393; Shahihul Jami’, 207.)

Saat ini, di pasar atau di toko-toko banyak kita jumpai barang-barang konsumsi laki-laki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, kancing baju, pena, rantai, medali, dan sebagainya dengan kadar emas yang berbeda-beda. 

Ada pula yang sepuhan. Termasuk jenis kemungkaran dalam masalah ini adalah, hadiah yang diberikan pada sayembara-sayembara dan pertandingan-pertandingan, Misalnya, sepatu emas, jam tangan emas pria, dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat cincin emas di tangan seorang laki-laki, maka serta merta beliau mencopot lalu membuangnya. Kemudian beliau bersabda,

“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian memakainya (mengenakannya) di tangannya! ”Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi, kepada lelaki itu dikatakan,

“Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah !” Ia menjawab, “Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah membuangnya.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1655.) 




'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

Selasa, 1 November 2011

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir


16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
· Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
 
· Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
· Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
· Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
· Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
· Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
· Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
· Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
· Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
· Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
· Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
· Mendengarkan surah2 Al-Quran menambah kepintaran bayi.
· Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
· Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
· Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Isnin, 31 Oktober 2011

KISAH RASULULLAH BERBICARA TENTANG DAJJAL.


Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.


Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".


Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet. Aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.


Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.


Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.


Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.


Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.


Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.


Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.


Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).


Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.


Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.


Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"


Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.


Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.


Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, masa. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.

Top of Form

Cara mudah mencari muka surat dlm Al-Quran..!!!



Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...