Isnin, 31 Oktober 2011

ARAK punca 10 golongan dilaknat

       Alangkah besarnya kecelakaan yang dibawa oleh arak sehingga Rasulullah s.a.w telah melaknat 10 golongan manusia yang terlibat dengannya. Baginda terkenal dendan sifat lembut dan pemaaf,tetapi sangat tegas berkenaan tegahan terlibat dengan ibu segala maksiat.


          Anas r.a berkata : "sesungguhnya Rasuiullah s.a.w telah melaknat 10 orang yang berkaitan dengan arak ; Pembuatnya,pengedarnya,peminumnya,pembawanya,pengirimnya,penuangnya,penjualnya,pemakan wang hasilnya,pembyarnya dan pemesannya."(Riwayat al-Tarmizi no 1295, Abu Daud no.3674, ibn Majah no,3381 dan Ahamad no.316).

         Apabila diteliti 10 golongan mnusia yang tesenarai dalam hadis di atas,satu kesimpulan yang boleh di buat iaitu setiapm orang yang terlibat dengan arak pasti termasuk dalam laknt Baginda s.a.w. Setiap sen yang diperoleh dari sumber yang berkaitan dengan arak,pasti menjadi sebab keberkatannya dalam hidup seseorang. Bahkan ia menjadi punca keruntuhan institusi keluarga dan kecacatan ibadat.
         Masyarakat yang dalamnya wujud peminum arak akan terdedah kepada pelbagai masalah. Musibah terbesar pasti mengundang kemurkaan Allah sekiranya tiada pehak yang cuba memeranginya. Peminum arak sentiasa terdorong  untuk melakukan jenayah-jenayah seperti memandu secara merbahaya.merogol,membunuh, dan sebagainya.ini kerana seseorang itu mabuk, pusat kawalan akalnya sudah tidak berfungsi dengan normal,lants dia akan bertindak di luar kawalan akal.

Arak punca pelbagai maksiat


     Diceritakan bahawa pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w., seorang pemuda yang terkenal sangat kuat beribadat telah di fitnah oleh seorang perempuan pelacur yg jatuh hati kepadanya.
     Siperempuan mengunakn helah menyuruh pembantunya menjemput pemuda itu datang ke rumah, kononnya atas satu hajat yang penting.Apabila pemuda itu masuk kedalam rumahnya,perempuan itu segera mengunci pintu. Didalam rumah tersebut ada seorang bayi kecil dan satu hidangan arak. Perempuan itu berkata ;"Aku beri kamu tiga pilihan; berzinar denganku,bunuh bayi ini atau minim araklah ini. Sekiranya kamu engkar,aku akan menjerit dan memberi tahu orang ramai bahawa kamu telah memperkosaku dan bayi ini adalah anakmu."
      Melihat kesungguhan pelacur ini,pemuda tersebut terpaksa membuat keputusan untuk memilih salah satu pilihan.Dia memilih untuk meminum arak kerana baginya ia adalah dosayang paling rengan. Membunuh bayi dan berzina melibatkan orang lain,tetapi minum arak hanya melibatkan dirinya sahaja untuk bertaubat,pada pandangannya. Akhirnya ia meminum arak itu sehinga mabuk dan ketika mabuk,ia berzina pula dengan pelacur yang hina itu.Selepas itu tampe kewarasan fikirannya,dia telah bertindak membunuh bayi itu.
       Kisah ini diriwayatkan oleh Imam Abdul Razzaq dalam kitab al-Musnnaf.no 17060 dan ibn Hibban,no 5348.
       Demikianlah bertapa hebatnya pengaruh negatif arak kepada manusia. ia bikan sahaja menyebabkan masalah kesihatan,tapi juga mendorong manusia melakukan maksiat yang lebih besar.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "arak adalah ibu segala maksiat."(Riwayat al-Nasa'i)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan